"Setiap amal ibadah itu memang ada fadhilatnya. Begitulah rahmat Allah ke atas hamba-Nya mengurniakan fadhilat-fadhilat itu. Tapi perlu diingat kalau seseorang itu beribadah kerana fadhilat bukan kerana zat Allah, selalunya perangai orang itu tidak berubah daripada mazmumah kepada mahmudah sekalipun banyak ibadahnya. Orang-orang itu tertipu (ghurur) dengan ibadahnya."
Label: 06









